Monday, August 11, 2008

gua busy sekarang

sorry gua x sempat update... buzy betul la ni.
10 incoming call 1 call je gua sempat jawab...
ok gua bla dulu.

Tuesday, June 3, 2008

Tinju Sukan Otai


Dua tiga hari ni aku busy sikit. 2 pasal aku x up date cite kat sini.... sekarang ni kat tempat study aku sibuk dengan sukma...budak tinju dan judo tido kat asrama aku...sekarang ni x pelik bagi aku dan mmber aku tengok org bergaduh. setiap masa diorang bergaduh. pagi bergaduh, malam bergaduh. x ada sapa nak marah pun diorg bergaduh....bukan bergaduh betul2 tp diorang tgh berlatih...heeeee

Tp aku tgh diorang berlatih mcm bergaduh betul2 tu. yang aku nak bangga plak...budak tinju Pahang mejoriti budak kampung aku...mmg terbuktilah budak kampung aku otai2. ko tgk aku pun dah otai...heeee. baguh gak mcm 2 daripada dia gaduh x tentu pasal baik di masuk sukan tinju..sekurang-kurangnya dapat gak mengharumkan nama negeri dan negara....

Tp aku nak cite sikit kat korang ni, budak kampung aku kalau kat Pahang ni kira hebatlah dengan gengsterisme ni. gi kat mana pun mesti ada org kampung aku yang otai la. tu pasal klau aku gi area Pahang aku x risau. comfirm ada org back up nya....

Aku cuma nak pesan sikit je la...otai mcm mana pun x ada gunanya. sekarang ni bukan mcm zaman dulu2. sapa kuat boleh memerintah negeri. boleh jadi raja...kalau otai bodoh2 ni orang x respect. x kemananya....x kan nak otai sampi ke tua. abis cuba korang fikir balik apa kesudahan kalu otai tp bodoh....bagi korang otai gak tp pandai. lain klau otai tp pandai ni...ada faedah gak nye kepada negara. selalunya otai tp pandai ni x kacau org tp jgn kacau dia...jgn cuba dicolok sarang tebuan bahaya bro....

kesimpulannya jd otai bodoh x guna satu sen pun. baik cari ilmu bina masa depan yang cemerlang...hidup pun bermakna..klau otai sangat masuk la sukan yang boleh menguji keotaian anda. contoh sukan tinju td. baru ada faedahnya...fikir2 kan la

Sunday, June 1, 2008

Anak Derhaka


Aku nak bawak korang fikir, apa yang aku nak cakap ni. cuba korang fikir masa kecik2 dulu. sapa yang melahirkan korang. ibu ko bukan. begitu susah dia besarkan ko. nak plak yang keje tanam padi. berapa sen sangat dia dapat pada zaman dulu. dengan anak yang ramai plak 2. aku bawak cite ni bukan ape... benda mcm anak lupa daratan aku pernah tgk secara realiti...

Ni aku nak start cite dah ni. ada satu anak derhaka ni. aku pun x pasti, punca dia mcm mana? anak derhaka ni dia saja x nak bela mak dia ke atau pun laki dia x bg bela. sebab yang sakit 2 ibu dia. kira anak dia perempuan la..menantu lelaki. tp klau aku fikir balik menantu pe kejadahnya klau emak mentua sakit x bg isteri bela.....

Yang menjadi aku tanda tanya pasangan ni bukannya ada keje pun. dah pencen tapi sihat lagi la. 2 pun x nak jaga mak dia... nasib baik ada dikalangan adik beradik dia yang berhati mulia sanggup menjaga org tua ni. aku mmg bangga la dengan pasangan suami isteri ni. nak plak menatu dia 2. wa tabik la....semoga pasangan ini mendapat keberkatan hidup.

Dah la x nak bela. datang tengok pun x nak. nak dijadikan cerita. pasangan yang berhati mulia yg jaga org tua 2 nak balik kg. biasa la. suami dia pun nak gak tgk mak dia kat kg. dah la hari2 kene jaga mak mertua dia. pasangan mulia ni pun mintak tolong lah si anak derhaka ni supaya jaga org tua 2 buat beberapa hari je. bukan jaga selama2nya. korang tau dia cakap pe, dia bg alasan jaga cucu dia la. mmg pentingkan diri sendiri betul la si anak derhaka ni....patutnya org mcm ni jgn bagi mati lg. baik dia terseksa bertahun2. tgk mcm mana perasaan dia kalau anak dia x nak jaga. baru dia tau....tp bagi aku la, manusia spesis mcm ni akan dapat balasan.....x caya korang tgk la nanti.....

Aku lupa plak nak cite mak dia 2 sakit pe. mak dia 2 sakit strok. lumpuh dua2 belah badan. dah lebih kurang 7 tahun dah duk umah pasangan yang mulia ni...bayangkan betapa sabo nya pasangan ni. semua benda mak dia yang sakit 2 dilakukan bersama suaminya...berak kena angkat, mandi pun kena angkat, mkn kena suapkan. mcm2 lg la. aku doakan pasangan ini bahagia dan balasan baik pasti akan datang.

Bagi pasangan yang anak derhaka tadi, bertobatlah sebelum terlambat. jgn bila mak 2 dah meninggal baru nak nyesal. waktu tu x ada gunanya dah...menagis air mata darah pun x apa faedahnya. bertobatlah walai si cilaka ini...

Moral of the story: Hargai ibu bapa anda dan berkorbanlah menjaganya sekiranya dia sakit atau memerlukan bantuan. ingat jasa mereka kepada anda.. fikir2kan la

Segala cadangan atau makian untuk anak cilaka ini di alu2 kan

Realiti kehidupan

Kehidupan adalah situasi yang mesti kita lalui...bagi gua kita hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah. bagi benda yang hidup mesti mempunyai masalah. orang gila pun sebelum jadi gila mesti banyak masalah sebab 2 dia gila... aku agak2 je...heeee...cuba korang fikir pernah x korang x ada masalah. mesti x pernahnya. kalau x ada korang mesti gile...

Masalah yang biasa adalah masalah kewangan. hujung bulan je x cukup duit, ni bagi org makan gaji la. kadang2 bagi org yang sedang ingin bercinta pula lagi banyak masalah. ngorat x dapat la. dah jumpa calon sesuai calon 2 x nak kat kita la..mula la menonggeng x tentu hala. he3. gua x la mcm 2. gua awek x nak, gua bla je...cara ape gua...banyak lagi masalah korang carilah sendiri. gua cite pasal ni bukan ape gua pun jiwa kacau la ni... mcm2 masalah...tp semua masalah gua undercontrol...boleh settle punya..tp kadang2 gua x leh tahan gak.....

Oleh itu bagi yang manusia normal seperti gua, masalah mcm mana pun jgn fikir pendek. jgn bunuh diri plak. ingat tuhan bro..banyak cara lain yang boleh kita buat...

Bagi yang ada masalah yaang nak kongsi masalah dengan gua boleh hantar masalah anda kepada gua. gua boleh cuba tolong...korang tau x org yang paling banyak masalah kat dunia siapa? lu pikir la sendiri. sengal betul korang ni. soalan simple mcm ni pun x leh jawab. x pe la gua bg jawapan. jawapan dia konselor. korang tau x konselor 2 pe..ko rang cari la sendiri.betul x ckp gua. dia pun dah banyak masalah pas2 dengar masalah org...boleh gila dibuatnya...gua pun dah ngantuk ni bro..Nanti melalut plak gua karang..esok plak gua sambung ek....

Saturday, May 31, 2008

Friend


Gua mau cite ckit pasal kawan. payah mau cari kawan yang betul2 boleh buat kawan.... gua mmg ramai kawan tp payah nak dapat kawan yang benar2 susah senang sama2 bro....banyak kawan la ni waktu kita senang je kawan. bila ada kepentingan baru mau kawan. gi mampus la kawan mcm ni. di era siber ni gua rasa baik kita buat hal kita je. jgn bergantung sangat pada kawan..... kita buat hal kita je bro...peduli ape hal orang lain. bukan kita bergantung pd dia....gua sekarang ni buat hal gua je...gua nak tunggang terbalik ke gua punya pasal la.... lu org sibuk pe...

Ini gambar kawan2 gua kat insitut perguruan...diorg ni ok la..gua malas nak cite panjang gua cuma mau pesan kpd korang jgn bergantung pd kawan. lu harapkan diri lu sudah. susah senang lu punya pasal..... ingat berhati2 semasa berkawan. ok bro gua blah dulu. ingat pesan gua....

My life


Ini sejarah hidup gua. gua nakal gila waktu sekolah dulu. Usah cakap la sapa tak kenal gua waktu 2. sape x kenal gua masa 2 mmg x up to date la...heeeee. Gua nakal sampai mak bapak gua pun pening. nasib baik gua ada mak bapak yang ok. Gua syukur dapat mak bapak mcm diaorang skrg ni. kalau bukan dgn kesabaran diaorg mendidik gua, gua rasa gua x tau la jd apa. jadi mat gian kot.....member gua banyak yang dah rosak tapi gua masih terselamat.

Naik sekolah menengah yang gua jadi nakal ni. gua sekolah agama dulu. Jgn bagi tau orang apa yang gua cakap ni. kat sekolah agama pun gua nakal, nama je sekolah agama tapi budak2 mcm pelesit termasuk la gua. heeeee.....Gua ada satu team gengstar kat sekolah dulu. Gua 12 org ahli je. kitaorg namakan team 12.. Tapi gua nak ckp sama lu sapa x kenal kumpulan gengstar ni waktu 2. Muka naik perhimpunan je..Tp waktu 2 naik perhimpunan syok woi glamor jap. semua org kenal. awek2 pun duk ushar je. awek zaman sekolah ni bodoh sikit, pakwe hok jahat2 mcm aku ni la yang diorg minat. nak tumpang glamor kot....geng2 aku ngorat awek mesti dapat punya.. walaupun x la hensem mana. tapi manis 2 ada la...huuuuhuuuu. bukan gua perasan ini kenyataan tau.

Di sekolah gua buat mcm2 kesalahan pukul budak, hisap rokok, panjat bukit, rangging wajib buat kalu dah otai waktu 2...banyak lagi la. ni gua bg contoh ckit dah la. nak dijadikan cerita gua dan geng 12 gua panjat bukit kat sebuah daerah di Phg. Gua panjat sampai naik menara telekom. punya la tinggi sampai puncak menara. Di pendekkan cerita gua turun je dari menara sampai dewan makan asrama gua. gua lapar... biasa la naik bukit tinggi misti lapor bro...apa lagi gua pecah la dewan masak 2 cari makanan....gua makan ape yang ada janji perut gua kenyang...lapar gile bro waktu 2. warden tau dia pun tangkap gua and the gang. dia bukan tangkap gua waktu 2 tp spy warden (barua warden la) bagi tau. esok gua dan geng2 gua kena panggil dgn warden. gua nak ckp pe lg, ngaku je la. dah ada bukti....warden pun belasah geng2 gua. gua kena belasah mcm 2 biasa la. dah jadi sebahagian hidup gua. warden gua buat surat panggil mak bapak gua. bukan gua je la semua geng2 gua la.....

keesokkanya mak dan bapak gua datang. gua dah biasa dah dengan mak bapak datang ni. mak b
apak gua pun glamor gak kat sek 2. cikgu2 semua kenal. asik kena gi sekolah je..heee. sek adakan mensyuarat dengan family kitaorg. keputasan mesyuarat talah ditetapkan, kami digantung selama 2 minggu....gua cuti 2 minggu la waktu 2...syok gak org g sek gua cuti....gua pun ape lagi balik dengan mak bapak gua la dapt cuti gaji penuh...hee. tp bila dah balik umah gua boring plak duk umah. gua pun g sek nak mintak pendekkan gantung gua. dr 2 minggu ke 1 minggu. tp sek x bg. gua tension gua pun kuar dari sekolah 2 dengan muka yang hampa...nak dijadikan cite gua tension punya pasal gua pun hisap rokok kat "kedai pang" nama kedai 2 la. rupa2nya guru besar gua ada kat situ gua mana perasaan. dengan gua yang tgh hisap rokok 2 diangkut bawak g sekolah balik. otai gak gua bawak rokok yang berasap lagi 2 masuk bilik guru. bkn gua nak bawak sje2 mcm 2. guru besar gua suruh di cakap mcm ni dgn gua "jgn buang rokok 2 bawak dan ikut saya" gua pun bawak je la...x ada lagi org bawak rokok masuk bilik guru besar. gua rasa, gua sorang je kot. Guru besar 2 pun terus tepon mak gua. mak gua pun datang la. dipendekkan cite lg. cuti tanpa gaji gua disambung daripada 2 minggu dibagi cuti selama2nya bergaji penuh....gua kena buang sekolah rupanya.

Alamak gua lupa plak cite pasal awek gua waktu kat sekolah 2. Otai mcm gua pun sempat gak layan cintan ni bro....brutal mcm mana pun kena ada awek ada awek gak bro. kurt cobain penyanyi kumpulan nirvana brutal gak tp bunuh diri pun pasai perempuan..gua x la sampai mcm 2. sambung balik cite psl awek gua,awek gua pun ngangis coz x dpt jumpa gua yang hensom ni..kan gua kena buang sekolah...gua brutal waktu 2 awek gua ngangis gua relax je...hee

Kat kg gua mana ada sek agama mcm gua blajo ni. adapun sekolah swasta. gua sekolah la kat sekolah agama 2. x lama dalam 3 bulan je kot. ini gua nak cite plak pasal gua kat sek agama swasta ni. walaupun dalam masa 3 bulan je gua still lagi bg mak bapak gua pening pala...gua malu bro nak g sekolah 2. bukan pasal awek ramai. awek no halnya bg gua. ni pasal gua segan nak g sekolah coz dulu gua sekolah ok gak tp kena balik kg. mesti ada sebabkan bro...gua pun ambik kpstsn g ponting sek dengan budak2 sekolah 2. gua ponteng kat taman atas bukit kat kg gua la. nak dijadikan cite gua kena tangkap dengan polis waktu 2. member gua semua layan gam waktu 2. gua sorang je x layan. gua benda yang khayal2 ni gua x layan. gua layan rokok je. gua dah cakap pd mmber gua " woi polis lari" member gua tgh khayal waktu 2 lari kat situ je la. semua polis 2 tangkap termasuk gua. polis 2 bawak gua ke sekolah jumpa guru besar. tp gua x salah berat sgt la. gua ponteng sekolah je. member gua yang kena sabit kesalahan hidu gam la bro...jahat2 gua pun benda2 lain gua x main la... gua jahat intelektual punya...heee

Pas pada 2 gua rasa gua x sesuai duk sek agama lagi. gua pun dah x reti nak follow banyak sangat nak baca. banyak gila subjek kat sekolah agama ni...gua pun buat kptsn nak join sek menengah biasa. disitulah titik tolak gua mememulakan langkah yang agak ok ckit. kira displin 2 ada la ckit..heee gua baru nak dispilin sek yg gua Jabatan pelajaran negeri suruh gua daftar iaitu sebuah sekolah di pekan phg. sekolah ni x nak terima gua. dia kata gua akan buat masalah kat sekolah 2. kira kepala samseng lan nanti gua ni konon2nya. buat pengatahuan ekorang semua bdk sek agama nak g sekolah biasa ni mmg susah ckit. bukan susah pe banyak pihak sekolah anggap budak2 sekolah agama yang g sekolah menengah biasa ni jahat. tapi aku rasa pun betul gak 2. aku pun nakal gak pas 2 mana mmber aku yg sealiran dngan aku pun mcm aku gak... x salah anggapan itu la. tp bagi la peluang kat bdk2 ni nak bina kehidupan. jauh lagi perjalanan mereka. cikgu2 kena paham....mana tau kot bdk2 nakal ni akan jd doktor. tak mustahilkan....sorry terceramah plak....sambung cite balik kat mana ek...gua pun dah lupa...bila gua g sekolah 2 masa daftar 2 sorang2 je. mak bapak gua x ikut. ada cikgu kat sekolah 2 halau gua balik. dia x terima gua. tunggu pe lg gua pun balik la...mak bapak gua pelik gua balik. esok gua g dgn mak bapak gua g sekolah 2. sblm 2 gua dah g dah jabatan pelajaran. dia suruh gua masuk gak sek 2. pas 2 baru sekolah 2 terima gua. bermula lah detik sekolah menengah biasa gua.

kita cite plak pasal gua kat sekolah ni. kat sekolah ni pun gua hebat gak. tp slow la ckit x la brutal mcm sekolah dulu. gua still lg masalah. warden asrama anggap gua kepala samseng di asrama. mmg betul pun tp gua bkn la kepala sgt..semua mmber gua nakal. itu je. mak bapak masih kena panggil lg. cikgu sekolah ni pun kenal gak mak bapak gua. biasa lah anak baik sangat...heee ...sampai gua x leh tima dah kat asrama 2 lg. gua apa lg nak duk umah sewa la. tp ada ustaz gua ni mmg baik. dia jumpa mak gua, dia kata dia akan cuba tlg gua dpt masuk asrama balik. dia bilang sama mak gua, sekiranya gua duk luar lg gua jahat bro...dipendekan cite gua dapt terus tinggal di asrama sehingga tingkatan 5. gua dapat gak sijil SPM. SPM gua x la baik sangat. gua mintak IPTA x dapat. gua pun masuk tingkatan 6 di daerah pekan gak. tgh2 blajo kat ting 6 2. gua ditawarkan politeknik bidang ukur tanah. hebat gak gua. nakal2 pun tp result x la cikai sgt. gua x gi. gua terus kan ting 6 gua. sekolah dan lain dah ni tp mak bapak gua masih lagi kena panggil pasal masalah gua....tua2 pun mak bapak kena gi sekolah gak lagi pasal disiplin anak...malunya....tp otai biasa la bai...habis ting 6 gua dapat STPM. SPM gua pun cukup2 makan gak...gua pun mintak IPTA. x sangka plak gua dapat masuk universiti. gua rasa kouta pelajar luar bandar kot...2 yg gua boleh dapat..heeee....gua belajar selama 3 tahun ambik digree...x la bodoh mana gua. kalau gua bodoh gua x pasnya digree ni...gua lulus dan dapat digree pada 2003.

gua pun cari kerja. payah bro zaman sekarang ni nak kerja. tp dapat gua gak gua keje guna digree waktu 2. keje dah dapat gua plak x tahan keje kat situ...lama gak gua kerja pas 2 gua behenti...bila gua behenti gua x ada keje. masa 2 lah bermulanya zaman kegelapan gua. gua ambil lesen lori. gua bawak lori. payah nak cari driver lori berijazah ni...masa kat tempat keje gua 2, gua sorang je driver lori berijazah. heeee..setahun gak gua bawak lori. sambil2 2 gua mintak gak keje lain. gua dapat keje guna ijazah gua kat sebuah syrikat swasta. pada masa yg sama gua dapat offer kursus KPLI. gua g KPLI....diakhir cerita gua....budak yang satu ketika dulu punya lah jahat gile..semua sekolah dia pergi semua ada masalah...rupanya jadi cikgu gak gua. gua masih x caya lagi gua jadi cikgu ni..heee. gua janji pada diri gua. gua janji gua akan jd cikgu yang sungguh demi anak bangsa gua. sekarang ni gua tgh plan nak sambung master plak...gua rasa gua rasa gua boleh berjaya..sape sangka bdk yang jahat dulu, berguna gak akhirnya.

akhir kata manusia tidak akan nilai masa lepas kita. manusia akan menilai siapa kita sekarang ini. adakah sekarang ini kita gagal atau berjaya. walaupun masa sekolah kita baik, tidak ada masalah tp kita gagal pada waktu ini. kita di anggap gagal dalam kehidupan kita...fikir2 kan lah.....


moral of the story: jgn biarkan budak yang bermasalah di zaman persekolahanya begitu sahaja. setiap budak 2 ada potensi masing2. ingat kepada cikgu2 seluruh dunia bimbinglah pelajar bermasalah ini, jgn biarkan mereka dengan dunia mereka. kepada ibu bapa jd lah mcm mak bapak gua. x pernah jemu doakan gua sehinggalah gua berjaya pada hari ini..




































Friday, May 30, 2008

Anak felda


Gua ni adalah salah sorang anak felda. Sapa kata felda anak felda x leh berjaya. gua bangga jadi anak felda. ko orang kenal x Tan Sri Rozali syabas punya kepala. dia pun anak felda. mawi mesti korang kenal tp mawi gua x respect la. apa barang mawi...ramai bro yang dah berjaya anak felda ni. peneroka felda yang dah kaya pun ramai... ada bisnes sendiri, boleh pakai keta mewah, rumah besar, bini besar. gua berterima kasih la pd Tun abdul Razak punya idea. senang gak mak bapak gua la ni...ada tanah, rumah dan banyal lagi la... tp gua heran gak apa pasal anak felda x ngaku dia anak felda. gua mmg benci tul spesis mcm ni. klau gua tau gua rasa nak bunuh2 je spesis ni. pikir la ckit duit sawit 2 la yg besarkan korang...standart pe felda sekarang ni..

Satu lg bab yang gua angin dengan org kg ke, org bandar ke yang duk kutuk2 felda ni. asal jahat sikit anak felda la 2. bukan semua jahat bro...sbb korang nampak budak felda jahat sebab ramai penduduk felda bro. satu2 felda ada berada buah rumah. contoh 500 buah bilangan isirumah minimum 5 org. dah berapa ramai..lu kira la sendiri mate simple je ni. bila 30 org hisap dadah mmg la nampak ramai. cuba lu orang pikir klau kat kg berapa ramai penduduk satu2 kg. ckit je kan. abis kuat 30 buah rumah. kalu 15 isap dadah mmg nampak cikit berbanding dengan felda yg 30 org td. cuba korang tgk nisbah penduduk satu2 tempat. berapa ramai penduduk felda. kira ok la 30 org daripada 25oo org. kita tgk plak kat kg 15 org daripada 45o org penduduk kg. felda ke kg yang bermasalah sekarang ni... lu fikir la sendiri. itu baru gua kira satu felda bro bukan satu gugusan felda. lagi la ramai umat. tu pasal nampak ramai yg jahat. sebenarnya masalah sosial ni serius dimana2. x kira felda ke ,kg ke, bandar ke semua bermasalah.

Ni lagi cite best saudara gua kawin. saudara gua 2 budak kg. bakal suami dia budak felda. ada ke patut mak saudara gua boleh cakap comel gak budak felda ni tak mcm budak felda. cuba korang fikir hodoh sangat ke budak felda ni. hina sangat ke. ini yang gua naik angin satu badan. gua hensom gak ape wlaupun anak felda...heee. lg satu majoriti penduduk felda datang dari kg la bai...bukan penduduk asal situ. semua org merantau untuk mengubah nasib diri dan keluarga. abis 2 apa masalahnya bdk felda ke bdk kg. bagi gua la felda lebih baik pada kg. bg yang duk kg jgn marah. terima hakikat ni. kat felda mcm2 kemudahan ada. x lulus sekolah pun boleh blajo lg. ambik kemahiran felda sponser. ni plak yang lulus balojo. kira yang pandai ckit la. lg la mcm2 dpt.

Gua malas cite panjang, akhir sekali gua nak pesan kepada semua anak2 felda berbangga la jadi anak felda. jgn la x ngaku. bagi gua baik mati cepat la spesis yang tak berpijak di bumi yang nyata ni. ingat felda bukan seperti dulu lg maybe felda akan jadi bandar baru yang maju pada masa akan datang. percaya la cakap gua ni..

hidup anak felda...............