Sunday, June 1, 2008

Anak Derhaka


Aku nak bawak korang fikir, apa yang aku nak cakap ni. cuba korang fikir masa kecik2 dulu. sapa yang melahirkan korang. ibu ko bukan. begitu susah dia besarkan ko. nak plak yang keje tanam padi. berapa sen sangat dia dapat pada zaman dulu. dengan anak yang ramai plak 2. aku bawak cite ni bukan ape... benda mcm anak lupa daratan aku pernah tgk secara realiti...

Ni aku nak start cite dah ni. ada satu anak derhaka ni. aku pun x pasti, punca dia mcm mana? anak derhaka ni dia saja x nak bela mak dia ke atau pun laki dia x bg bela. sebab yang sakit 2 ibu dia. kira anak dia perempuan la..menantu lelaki. tp klau aku fikir balik menantu pe kejadahnya klau emak mentua sakit x bg isteri bela.....

Yang menjadi aku tanda tanya pasangan ni bukannya ada keje pun. dah pencen tapi sihat lagi la. 2 pun x nak jaga mak dia... nasib baik ada dikalangan adik beradik dia yang berhati mulia sanggup menjaga org tua ni. aku mmg bangga la dengan pasangan suami isteri ni. nak plak menatu dia 2. wa tabik la....semoga pasangan ini mendapat keberkatan hidup.

Dah la x nak bela. datang tengok pun x nak. nak dijadikan cerita. pasangan yang berhati mulia yg jaga org tua 2 nak balik kg. biasa la. suami dia pun nak gak tgk mak dia kat kg. dah la hari2 kene jaga mak mertua dia. pasangan mulia ni pun mintak tolong lah si anak derhaka ni supaya jaga org tua 2 buat beberapa hari je. bukan jaga selama2nya. korang tau dia cakap pe, dia bg alasan jaga cucu dia la. mmg pentingkan diri sendiri betul la si anak derhaka ni....patutnya org mcm ni jgn bagi mati lg. baik dia terseksa bertahun2. tgk mcm mana perasaan dia kalau anak dia x nak jaga. baru dia tau....tp bagi aku la, manusia spesis mcm ni akan dapat balasan.....x caya korang tgk la nanti.....

Aku lupa plak nak cite mak dia 2 sakit pe. mak dia 2 sakit strok. lumpuh dua2 belah badan. dah lebih kurang 7 tahun dah duk umah pasangan yang mulia ni...bayangkan betapa sabo nya pasangan ni. semua benda mak dia yang sakit 2 dilakukan bersama suaminya...berak kena angkat, mandi pun kena angkat, mkn kena suapkan. mcm2 lg la. aku doakan pasangan ini bahagia dan balasan baik pasti akan datang.

Bagi pasangan yang anak derhaka tadi, bertobatlah sebelum terlambat. jgn bila mak 2 dah meninggal baru nak nyesal. waktu tu x ada gunanya dah...menagis air mata darah pun x apa faedahnya. bertobatlah walai si cilaka ini...

Moral of the story: Hargai ibu bapa anda dan berkorbanlah menjaganya sekiranya dia sakit atau memerlukan bantuan. ingat jasa mereka kepada anda.. fikir2kan la

Segala cadangan atau makian untuk anak cilaka ini di alu2 kan

2 comments:

Unknown said...

sejauh mana kita pergi, setinggi mana pangkat kita, janganlah kita lupa jasa kedua orang tua kita. ingatlah mereka telah banyak berkoban untuk kita. kedua ibu bapa tiada gantinya.jangan biarkan mereka menangis kerana berasa hati dengan kita, tapi klu kejayaan@kegembiraan kira ok la. renung-renungkanlah

Unknown said...

saya setuju dengan pendapat anda. tapi jangan terlalu emosional. berfikirlah secara rasional. mengapa kita perlu memaki orang. memaki tak dapat menyelesaikan masalah. kita sepatutnya berdoa agar orang itu terbuka hati untuk menerima ibunya dan mendapat hidayah serta insaf dengan perbuatannya. hari ini mungkin dia yang tersalah dalam membuat keputusan tapi akan datang siapa yang tahu.. mungkin kita juga akan melakukan kesilapan.. setiap orang tidak dapat lari melakukan kesilapan... maafkanlah mereka.. ingatlah lelaki mudah berubah kerana "3 ta" iaitu harta, kereta (kalau dulu unta)dan wanita. berdoalah agar kita dapat mengekalkan pendirian kita sekarang.. insyaallah....

fikir-fikirkanlah

pencetus perubahan
shahazmil b. abdullah sani